Friday, 7 February 2014

Buah Manggis

Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara.
Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.
Buah manggis dikenali sebagai " Ratu Segala Buah ", sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “ Raja Segala Buah”.
Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40° F atau lebih dari 100° F, biji benih mati pada 45° F.
Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit.
Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat. Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge).
Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit. Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Untuk mengetahuian lebih lanjut tentang Jus Manggis,
sila ke
http://dkedaimalaysia.blogspot.com/p/tadalli.html